Tiada yang sempurna


Ada antara mereka yang amat suka membandingkan antara satu sama lain, ada yang rasa diri lebih hebat berbanding orang yang dibawah. Ada pula yang sebaliknya.

Manusia sentiasa tidak puas, pasti ada yang akan membuatkan hati tidak puas akan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Ada yang akan cuba menjatuhkan dan melihat kejatuhan orang lain.

Mengapa itu terjadi? Adakah kerana kita fikir kita seorang yang sempurna? Adakah kerana kita fikir kita lebih hebat dari insan lain? Adakah kerana kita fikir kita kurang berbanding yang lain. 

Ketahuilah kita semua tiada yang sempurna kerana kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Disebabkan itu kita diciptakan agar kita dapat saling lengkap melengkapi antara satu sama yang lain.


Labels: