BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

Adakala perasaan hasad dengki pasti timbul bila melihat kejayaan orang lain di hadapan kita, kadangkala perasaan iri hati muncul tanpa diminta apabila melihat orang lain lebih daripada kita.

Kalau perasaan itu muncul sudah pastinya akan hilang rasa bersangka baik kita dengan Allah. Adakala kita lupa yang ada masa dan ketika kita akan dapat lebih yang mana orang lain tak dapat. Kadang kala ianya cepat dan lambat.

Bersangka baiklah dengan Allah. Kerana segalanya daripada Dia. Kita hamba yang tiada apa-apa kerana kita adalah insan yang lemah. Bersangka baik dengan Allah pasti hati akan tenang. 





Labels: