DENDA YANG DITERIMA OLEH PASUKAN NEGERI SEMBILAN OLEH FAM

Selepas pasukan Perak dan Terengganu di denda beraksi tanpa penyokong, pasukan liga premier iaitu Negeri Sembilan ataupun dikenali sebagai Ns Matrix tidak terlepas daripada menerima hukuman daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ).


Tindakan penyokong pasukan Negeri Sembilan membakar suar semasa perlawanan dan penganjuran perlawanan  oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan pada perlawanan Piala FA di antara pasukan Negeri Sembilan menentang Pulau Pinang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 17 Mac 2015.


Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan telah didapati bersalah kerana  kerana melanggar ‘Article 70 para 1 Kod Tatatertib FAM’  berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan ‘Artikel 68 (c) Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Penganjuran perlawanan’ dan dikenakan hukuman berikut:

i. Didenda sebanyak RM5,000.00 di atas kesalahan melanggar ‘Article 70 para 1 Kod Tatatertib FAM; dan

ii.             Didenda sebanyak RM50,000.00 dan bermain satu perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri kerana melanggar ‘Article 68 (c) Kod Tatatertib FAM’.

Walau bagaimanapun hukuman bermain tanpa penonton terhadap Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan  ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada tiada kesalahan yang sama berulang (merujuk kepada ‘Article 70 dan Artikel 6’ Kod Tatatertib FAM’). Jika kesalahan yang sama berulang di dalam perlawanan Liga Premier yang melibatkan Pasukan Negeri Sembilan, maka hukuman bermain tanpa penonton tersebut akan dikuatkuasakan serta-merta di mana Pasukan Negeri Sembilan adalah pasukan tuan rumah bagi perlawanan itu.

(Persatuan Bolasepak Negeri hanya boleh mengemukakan rayuan ke atas keputusan denda RM50,000.00 sahaja kepada Jawatankuasa Rayuan FAM– tertakluk kepada Kod Tatatertib FAM).


Labels: