DUA DAH LEPAS, TINGGAL SORANG LAGI

Dua orang dah lepas, tinggal sorang lagi dan yang sorang tu adalah ana. Dah lepas apa pula nie kan? Ok ceritanya begini, dua orang sahabat ana yang sebaya dengan ana isteri mereka telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka selang seminggu.

Member pertama ana isteri dia bersalin semasa umat Islam menantikan tibanya berpuasa dua hari sebelum tibanya bulan Ramadan, manakala seorang sahabat lagi mendapat cahaya mata semasa kita berpuasa pada hari keempat Ramadan.

Jadi nak kiranya tahun nie mereka sambut Aidilfitri dengan kehadiran insan baharu di dalam keluarga mereka. Sekarang nie hanya tinggal ana sorang sahaja menantikan kelahiran anakanda pertama ana. Tak sabarnya...


Labels: