HUKUMAN BILA TAK PUASA

Setiap kali tibanya bulan Ramadan pasti ana akan ingat pengalaman berpuasa pada zaman kanak-kanak ana. Anda semua pun tentu ada kenangan berpuasa masa masih bergelar kanak-kanak kan.

Masa kanak-kanak ada kalanya kita akan mencari jalan macam mana nak makan nie. Perut lapar tu tak ada sangat tapi haus. Kadang-kadang minum air paip pun jadilah. Betul tak? Namun apakah hukuman yang akan diterima jika tak berpuasa?

Kalau dalam keluarga ana, jika ada antara kitaorang tak berpuasa siaplah, pasti akan kena hukum. Dan antara hukuman yang pernah ana dapat adalah masa berbuka puasa tu, yang tak puasa kena duduk kat luar dan makan sorang-sorang.

Memang sekali dah kena memang tak beranilah nak buat lagi. Sebab dah lah makan kat luar sorang-sorang, gelap pula tu memang tak beranilah. Hahaha, kalau korang apa pulak hukuman yang korang terima bila tak puasa? Ke tak ada? Tapi disebabkan hukuman itu Alhamdulillah ana tak pernah tinggalkan puasa walaupun sehari sejak usia 6 tahun.



Labels: