BERUBAHKAH AKU


Ramadan semakin mencemburui kita, dan malam ini merupakan malam yang ke 20 yang mana malam terakhir fasa kedua Ramadan sebelum memasuki fasa 10 malam terakhir yang mana terdapat satu malam digelar Al Qadar.

Berubahkah aku? Persoalan yang sudah boleh terbit di dalam hati ini. Adakah aku sudah mula berubah menjadi insan yang terbaik di sisi Allah? Ataupun masihkah aku seperti sedia kala? Ataupun mungkin makin teruk daripada kebiasaanku?

Berubahkah aku? Adakah Ramadan kali ini lebih baik daripada sebelum-belum ini? Ataupun adakah ini Ramadan terburuk aku? Ambilkah aku ikhtibar dan pengajaran akan Ramadan kali ini.

Andai belum, masihkah akan ada waktu untukku berubah? Ataupun ini malam terakhirku di bulan Ramadan? Semoga sempat ku berubah sebelum Ramadan meninggalkanku.


Labels: