#CABARAN20HARI | AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA

#cabaran20hari diteruskan lagi. Dan task ke 8 adalah mengenai Amalan berbalas juadah di Bulan Puasa. Masihkah ada amalan bertukar-tukar juadah nie pada masa kini?


Kalau nak jawapannya sudah semestinya ada lagi, di kampung ana memang masih hidup lagi budaya ini, dan kadang kala dalam sehari keluarga ana akan dapat 3 atau 4 juadah daripada rumah yang berlainan.

Ketika kecil dulu, ana dapat membantu ibu ana menyediakan sekurang-kurangnya 30 plastik makanan untuk di hantar di beberapa rumah kenalan keluarga di dalam kampung. Dan boleh dikatakan kebanyakan masyarakat kampung suka memberi juadah berbuka pada hari terakhir bulan puasa.

Tapi kini ana tinggal di bandar rasanya agak kurang amalan ini dijalankan oleh masyarakat kita. Kalau ada pun mungkin sekadar bertukar juadah dengan jiran sebelah rumah sahaja.






Labels: