#CABARAN20HARI | MEMORI RAYA ZAMAN 90 AN ATAU ZAMAN KANAK-KANAK

Setiap yang dewasa pastinya pernah mengalami zaman kanak-kanak dan ana adalah generasi yang lahir dalam 90an. Bila sebut raya semasa zaman kanak-kanak sudah semestinya banyak kenangan yang pasti lucu lagi-lagi semasa hari perayaan.


Apabila cerita mengenai #cabaran20hari, memori raya zaman 90an atau zaman kanak-kanak. Yang pastinya ana ingat adalah semasa melakukan kunjungan ke runah-rumah untuk menyambut hari raya. 

Masa tu ada dalam 10 orang rakan-rakan ana termasuk dengan ana pasti akan berkonvoi menggunakan basikal daripada pagi sehingga petang untuk kutip duit raya. Yang pastinya bukan makanan yang menjadi sasaran utama, tetapi adalah duit raya.

Kebiasaanya kitaorang akan melakukan aktiviti ini sehingga 10 syawal dan kadang-kadang 2 3 kali juga kitaorang pergi runah yang sama tetapi hari yang berbeza. Selalunya yang kena tu adalah rumah yang ada orang tua yang tak ingat akan kitaorang. Nakal tak? Hahaha. Namun itulah antara memori yang pasti takkan dilupakan.




Labels: