#CABARAN20HARI | RESEPI HIDANGAN SAHUR PALING RINGKAS

Esok nak sahur apa ye? Ada idea tak? Cuba buka peti sejuk anda semua cuba tengok ada sosej tak? Kalau ada ana nak share satu resepi hidangan sahur paling ringkas sempena #cabaran20hari nie.

Hidangan yang ana nak share diberi nama sosej bersos casablanca. Ganas tak nama tu? Tapi tak susah pun nak buat resepi nie walaupun nama dia agak susah nak sebut.



Bahan-bahan yang diperlukan :
* Sosej (kalau tak ada tak jadi)
* minyak masak

Bahan untuk sos :
* sos cili
* tomato puri
* cili kering (diblender)
* garam dan gula

Cara untuk menyediakan juadah ini ialah :

Masukan minyak masak ke dalam kuali, apabila dah panas masukan sosej dan tunggu hingga masak.

Cara menyediakan sosnya :
Masukan minyak masak, masukan cili kering hingga masak. Pastu masukan cili sos, tomato puri garam dan gula ke dalam kuali. Apabila dah masak bolehlah sosej ke dalamnya. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba. Juadah paling ringkas untuk bersahur.





Labels: