Gila Ke Ulang Alik PD - KL

Gila ke ulang alik PD-KL setiap hari? Itulah antara ayat yang terpancul keluar daripada mulut sahabat-sahabat ana apabila ana cakap yang ana ulang alik kerja setiap hari PD KL. Tak bahaya ke? Bukan Jauh ke? Persoalan yang sering terlintas. Bukan kawan- kawan je, zaujah ana pun turut risau dengan tindakan yang ana lakukan.

Sebenarnya bukan lama pun ana akan berulang PD KL nie tapi hanya 2 minggu je. Lagipun nak duduk kat rumah sekarang bosan pula sebabnya zaujah ana sedang berpantang di Johor. Jadi nak hilangkan rasa rindu dan sunyi ana tu sebab ana ambil keputusan menghabiskan masa di atas motor.

Lagipun bukan jauh mana pun PD dengan KL pun. Cuma makan masa dalam satu jam setengah je. Itupun sebab ana tunggang motosikal kesayangan ana tu dalam lingkungan 80 ke 90km/h je. Kalau tunggang lagi laju lagi cepatlah sampai kan? Hehehe. Gila ke ulang alik PD-KL? Jawab ana tak gila lah.


Labels: