HIDUP PERLU DITERUSKAN

Hidup perlu diteruskan. Memang agak sukar apabila hidup ditimpa dengan musibah, tidak kiralah apa jua musibah yang melanda andai tak kuat pasti akan terbawa-bawa.

Baru-baru ini, ana dan zaujah telah menerima satu musibah yang amat berat buat kami berdua apabila kehilangan cahaya mata pertama yang diimpi-impikan. Kalau ikutkan kami berdua tak kuat untuk menghadapi musibah nie.

Namun kerana aura positif daripada sanak saudara, ahli keluarga dan sahabat andai sedikit sebanyak memberikan motivasi dan semangat kepada kami kerana hidup perlu diteruskan.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Terima kasih semua kerana tanpa anda semua pasti ana dan zaujah tidak kuat. Yang pergi biarkan pergi kerana kita yang hidup perlu diteruskan.


Labels: