KELAHIRAN YANG DINANTI


Pelbagai cabaran dan ujian yang terpaksa zaujah ana tempuhi sebelum dan saat keluarnya zuriat pertama kami. Daripada hari isnin, putera kami langsung tidak bergerak yang memaksa zaujah ditahan wad. Pada keesokan harinya zaujah diberikan induce kerana keadaan kandungan yang tidak mengizinkan masa itu.

Muka zaujah yang menahan sakit hanya dia dan wanita yang pernah bersalin sahaja yang tahu. Sampai demam zaujah dibuatnya. Zaujah telah dimasukkan ke dalam dewan bersalin pada pukul 09:15 pagi pada hari rabu. Tunggu punya tunggu putera kami masih tak nak keluar lagi.

Pada jam 06:00 petang ana telah dipanggil masuk ke dalam wad bersalin kerana ada tanda-tanda isteri akan bersalin. Berada di sebelahnya memberikan semangat sambil bersama-sama berkongsi kesakitan yang dialami. Selepas sejam baby masih lagi tak nak keluar.

Kelahiran yang dinanti, doktor telah menyuruh ana keluar kerana doktor terpaksa mengeluarkan baby secara vacum, baru sahaja ana berjalan keluar tepat jam 0700malam zaujah telah selamat melahirkan putera sulung yang telah lama kami nantikan.



Labels: