MALAYSIA BENAM IRAN | ONG KIM SWEE PUAS HATI

Sumber gambar

Dato Ong Kim Swee meluahkan rasa puas hati apabila pasukan Malaysia berjaya membenam pasukan Iran di dalam Sukan Universiti dunia 1-0.

Jaringan tunggal Malaysia itu dijaringkan oleh pemain pertahanan negara, Mohamad Awang Kechik pada minit ke 13 perlawanan. Kemenangan ini sekaligus menghidupkan peluang Malaysia untuk melangkah ke perlawanan suku akhir selepas tumpas aksi pertama kepada Brazil 2-1 sebelum ini.

Dengan keputusan aksi kumpulan C itu, Malaysia berjaya mencatat satu kemenangan dan satu kalah sekaligus berjaya menghidupkan peluang untuk melangkah lebih jauh.

Selepas ini Malaysia akan bertemu pasukan Jepun dalam aksi terakhir kumpulan C yang berjaya mencatatkan kemenangan mengatasi pasukan Brazil dalam satu lagi aksi kumpulan.






Labels: