Misi Joseph Gegar Gawang Reds

Misi Joseph gegar gawang Reds | Joseph kalang Tie mempunyai matlamat tersendiri apabila berkasi bersama pasukan pilihan Malaysia yang akan bertemu dengan pasukan Liverpool. Selepas safee Sali dan Safiq Rahim yang pernah mencetak nama sebagai penjaring gol ketika menentang pasukan Reds empat tahun lalu, kini joseph berimpian untuk mencetak nama sebagai penjaring gol pada edisi kali ini.


Walaupun menyedari ianya bukanlah satu tugas yang mudah, tetapi Joseph tetap yakin mampu memberikan sesuatu yang berharga buat dirinya itu, “Bagaimanapun, tidak ada gunanya saya menjaringkan gol tetapi kami tewas. Apa yang penting saya perlu berusaha keras mendapatkan gol demi pasukan sambil mencuba sedaya upaya untuk tidak tewas.“Persiapan rapi sudah dilakukan bagi menghadapi Liverpool dan saya berharap apa yang dirancangkan akan menjadi pada malam perlawanan,” katanya.

Pada edisi empat tahun lalu, pasukan Reds menewaskan Malaysia yang dikendalikan Datuk K Rajagobal 6-3 yang menyaksikan Safiq Rahim dan Safee Sali mencetaj nama sebagai penjaring gol pada perlawanan tersebut.  Mampukah Joseph merealisasikan impiannya? Seronok untuk disaksikan.






Labels: