Ummi Tolong Kuat


Ummi tolong kuat, baba tak sampai hati tengok ummi bersedih, janganlah nangis ummi, baba tak sampai hati melihat ummi begini, ummi masih dalam pantang. Ummi tolong kuat, ummi cakap sayang baba dan huzaifah kan?

Ummi, baba tau baba tak rasa apa yang ummi rasa ketika mengandungkan huzaifah, tapi baba pun bersedih juga. Baba tau ummi sayang pada huzaifah tapi ummi kena kuat.

Andai ummi rindukan huzaifah, ummi sedekahkan Al Fatihah, setiap kali rindu kita baca Al Fatihah, barulah huzaifah tau yang kita cinta dan sayangkannya kerana Allah. Betul tak ummi?

Ummi, jangan bimbang, jangan risau, huzaifah tetap ada bersama kita dan dekat dengan kita. Huzaifah ada dalam hati kita sayang. Ummi mohon kuat, kalau ummi tak kuat baba pun tak kuat tapi huzaifah tak nak tengok kita macam nie.

Ummi jangan bersedih ye, baba kan ada, kita kena kuat untuk teruskan hidup dan kita perlu kuat berusaha agar kita dapat berjumpa dengan huzaifah di depan pintu syurga. Allah ada bersama kita ummi. 

Labels: