Berani Ke Menunggang Ketika Hujan

Hujan merupakan suatu rahmat kepada seluruh penduduk bumi. Namun, bagi sesetengah rider ataupun penunggang motor, apabila hujan sudah semestinya memberikan kesukaran untuk mereka menunggang kerana agak bahaya berbanding ketika tidak hujan.



Berani ke Menunggang Ketika Hujan.

Kalau tanya ana persoalan ini, ana sendiri pun tak berani nak menunggang ketika hujan turun. Sebabnya ketika inilah tayar motor tidak cengkam dengan jalanraya kerana kebanyakan tayar motorsikal sekarang adalah tubeless. Jadi sekiranya brek emergency, gerenti tayar motor tu akan membuang. Risiko jatuh tu memang tinggilah.

Ketika inilah, kalau nak tengok rider bega pun akan menunggang dengan slow. Ana sendiri pun akui kadang kala tu ketika hujan hanya menunggang 70km/h je kerana jarak penglihatan dan keadaan jalanraya. Cuak kot.

Pape pun, ketika hujan ke panas ke tak payahlah menunggang laju-laju. Bawa santai-santai pun ok tapi janganlah santai lak ketika jalan sesak. Tak pasal-pasal orang marah nanti.hehehe




Labels: