"Biniku" Diserang Lagi


Seperti rutin harianku sebelum pergi ke tempat kerja, ana akan melihat keadaan "biniku" yang satu nie. Ana akan melihat sekitar kawasannya, secara menyeluruh samada daripada atas ke bawah ataupun bawah keatas untuk memastikan keadaanya dalam baik.

Namun, agak terperanjat sedikit hari ini apabila melihat keadaan "biniku" ini. Walaupun tiada kehilangan anggota badan seperti sebelum ini, tapi kali ini boleh dikatakan agak teruk kerana ianya bermandikan tepung. Sabar je la..


Inilah nasib kalau tinggal di rumah Flat, rasanya agak banyak kali jugalah "biniku" ini menjadi mangsa kerakusan orang yang tak berperikemanusiaan nie. Kalau sebelum nie, telinga hilanglah, silencer peti suara hilanglah dan topi hilang. Aiks apalah nasibmu ye wahai "biniku".




Labels: