PEMAIN UTAMA CLUB BRUGGE SERTAI HARIMAU MALAYA

Club Brugge merupakan pasukan utama yang beraksi di dalam liga utama Belgium. Club Brugge kini sedang beraksi di dalam kelayakan Liga Juara-Juara Eropah bagi menempah slot ke kejohanan paling berprestij di bumi Eropah.



Pemain utama Club Brugge sertai Harimau Malaya. Pemain yang disebut-sebut bakal menyertai skuad kebangsaan adalah Dion Johan Cool yang juga merupakan pemain muda yang lahir di Kuching Sarawak.


Cool sebelum ini pernah beraksi bersama skuad bawah 19 tahun kebangsaan Belgium itu dikatakan begitu berminat untuk menyarung jersi keramat hitam kuning Harimau Malaya. Pemain ini juga baru-baru ini berjaya menjaringkan gol buat Brugge di kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.

Harimau Malaya bakal berwajah baharu apabila FAM seakan-akan begitu giat mencari pemain-pemain yang mempunyai darah kacukan bagi menguatkan skuad harimau Malaya sekaligus membaiki kedudukan ranking pasukan kebangsaan.


Selain Cool, pemain lain yang mempunyai darah kacukan di dalam skuad kebangsaan ialah Junior Eastel dan Mathiew Davies. 

Sumber




Labels: