PERTAMA KALI MENYAKSIKAN WSBK SECARA LANGSUNG


WSBK merupakan salah satu sukan permotoran yang popular di dunia dan juga Malaysia selepas Formula One dan MotoGP. Bagi para riders sudah semestinya tidak akan melepaskan peluang menyaksikan para pelumba memperagakan aksi bagi mendapatkan kejuaraan.

Antara pelumba yang popular adalah Tom Sykes, Chaz Davies dan Jonathan Rea. Disebabkan tiada pelumba negara yang layak mendapat wildcat, SIC telah memilih Max Biaggi untuk berlumba atas tiket Wildcat.

Pertama Kali Menyaksikan WSBK secara langsung. Perasaan teruja dan amat gembira tak dapat digambarkan apabila Modenas telah menaja Modenas Riders Group (MRG) untuk menyaksikan perlumbaan ini.


MRG telah berkumpul di RNR Dengkil arah selatan seawal jam 08:30 pagi lagi. Seramai 37 orang riders telah mengikuti konvoi ini yang diberi nama "Modenas bersama WSBK 2015". Pada awalnya dianggarkan seramai 50 riders untuk konvoi kali ini. Namun atas faktor-faktor tertentu, MRG hanya mampu mengumpulkan 37 orang Riders.


Kumpulan konvoi telah bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada jam 9:30 pagi yang mana telah dilepaskan oleh staf Modenas. Kami menunggang di dalam lingkungan 90 ke 100km/h ke SIC.


Pada jam 10 pagi kami telah selamat sampai ke SIC, parking yang dikenakan oleh SIC kepada para riders untuk parking adalah sebanyak RM20 tetapi bagi MRG segalanya adalah percuma kerana parking dan tiket WSBK kami telah ditaja oleh Pihak Modenas sepenuhnya.


Terima kasih kepada Modenas kerana telah membawa kitaorang menyaksikan Perlumbaan WSBK pada edisi kali ini. Jumpa lagi you all pada edisi akan datang. 





Labels: