Tersepit Bonet Kereta

Pasti akan terbayangkan keadaan sakit apabila jari tangan tersepit pada sesuatu. Seperti yang biasa kita dengar jari tangan tersepit pintu rumah lah,pintu kereta lah, pintu bank lah. Dan bonet kereta.

Kejadian nie sebenarnya dah lama berlaku kat diri ana nie. Ianya berlaku ketika ana sedang terleka untuk tutup bonet kereta selepas ana meletakkan barang di dalamnya lalu terjadilah kejadian jari tersepit bonet kereta.

Bila ana buka bonet kereta tu,tau-tau je jari ana dah membengkak dan kebiruan. Kebas lain macam je masa tu. Sampaikan isteri ana pun cakap, tulah lain kali kuat berangan lagi kan dah kena.hehehe




Labels: