Tips Menunggang Ketika Jalan Sesak


Bandaraya Kuala Lumpur memang terkenal sebagai bandar yang sesak dengan kenderaan, tidak kiralah daripada segi kenderaan 4 roda mahupun yang 2 roda. Hari ini, ana nak share sikit mengenai cara menunggang ketika jalan sesak.


Tips Menunggang Ketika Jalan Sesak


 menganalisis keadaan sekitar


Kita perlu menganalisis kenderaan kanan dan kiri kita, bagaimanakah pergerakan kenderaan mereka. Menganalisis keadaan jalan, untuk bersedia mengelak daripada lubang dan kenderaan disebelah kita. Bersedia juga sekiranya ada kenderaan tiba-tiba menukar arah kenderaan mereka. Jangan leka walaupun sesaat.

hadkan kelajuan mengikut kesesuaian


Hadkan kelajuan mengikut keadaan kenderaan kita dengan kenderaan di hadadapan. Seelok-eloknya jangan menunggang di bawah 60km/h kerana ianya akan mengakibatkan kesesakan yang lebih teruk. Kalau tak berani laju, bawa dalam lingkungan 50km/h ketika mencelah kereta.


 jarak antara kenderaan


Pastikan jarak motorsikal anda dengan motorsikal di hadapan dalam keadaan yang selamat. Jika terlalu dekat agak bahaya sebenarnya, sekiranya motorsikal di hadapan kita brek secara mengejut ataupun terjatuh pastinya agak sukar untuk kita elakkan daripada melanggar mereka ataupun mengelak daripada terlibat dengan kemalangan.

bersedia dalam apa jua keadaan


Pastikan anda sudah bersedia dalam apa jua keadaan yang akan berlaku semasa menunggang di dalam keadaan ini. Jika kita bersedia, InsyaAllah mampu menyelamatkan kita daripada terlibat dengan kecelakaan.

Ini sekadar tips yang ana dapat analisiskan sebagai seorang rider. Setiap hari pastinya begitu banyak kita dengar dan lihat kemalangan yang berlaku disebabkan oleh penunggang motorsikal. Jom menunggang dengan selamat kerana ada yang menanti kita di depan pintu rumah.



Labels: