12 Tol Tidak Terima Bayaran Tunai

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengumumkan bahawa terdapat 12 lagi tol yang tidak akan menerima bayaran tunai mulai 09 September 2015 jam 12 tengahari.

Sebagai langkah permulaan PLUS akan melancarkan operasi di plaza tol terbabit, lorong tambah nilai, penjualan kad Touch ‘n Go dan kakitangan tol akan beroperasi 24 jam bagi membantu pengguna yang menghadapi masalah. 


Selain itu, LLM turut menasihatkan pengguna agar mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui kesemua plaza tol itu bagi perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju.

12 Tol yang terlibat ialah :

1. Plaza Tol Bkt. Kayu Hitam, Lebuhraya PLUS
2. Plaza Tol Jitra, Lebuhraya PLUS
3. Jambatan Pulau Pinang
4. Plaza Tol Lunas, Lebuhraya BKE
5. Plaza Tol Kubang Semang, Lebuhraya BKE
6. Plaza Tol Gombak, Lebuhraya KLK
7. Plaza Tol Bentong, Lebuhray KLK
8. Plaza Tol Batu, Lebuhraya DUKE
9. Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuhraya DUKE
10. Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya DUKE
11. Plaza Tol Dato' Keramat, Lebuhraya AKLEH
12. Plaza Tol SMART, Terowong SMART

Jadi nasihat ana sediakanlah kad Touch & Go da smart tag kerana sekurang-kurangnya tak perlulah beratur panjang untuk membeli kad smart tag yang baharu.


Labels: