30 Hari Mencari Cinta | Pengertian Cinta

Apabila berbicara tentang cinta pasti ramai yang menyangka ianya sekadar percintaan antara dua pasangan berlainan jantina. Namun tahukah kita akan pengertian cinta yang sebenar? Adakah kita memahami maksud cinta sebenar? Kalau kita memahami cinta sebenar, dimanakah silapnya perhubungan yang menemui kegagalan.

30 Hari Mencari Cinta | Pengertian Cinta


 Cinta adalah Emosi yang berasal dari kasih sayang yang kuat dan rasa tertarik terhadap suatu objek (dapat berupa apa saja seperti manusia, hewan, tumbuhan, alat-alat dan lain sebagainya) dengan cenderung ingin berkorban, memiliki rasa empati, perhatian, kasih sayang, ingin membantu dan mahu mengikuti apapun  yang di inginkan oleh objek yang di cintainya. 



Tapi sebenarnya makna cinta nie agak subjektif, jadi memang tak salah kalau setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza apabila berbicara tentang Cinta. 

Di dalam Psikologi Cinta ini dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :

Cinta kerana nafsu
Cinta yang tidak dapat dikawal dan untuk mengelakkanya. Kerana cinta itu adalah buta, dan buta itu membuatkan seseorang berada dalam keadaan di luar kewarasan kerana cinta. Sebab tu ada yang sampai sanggup memberikan apa sahaja kerana cinta.

Cinta Pramagtis
Iaitu cinta yang menemukan 2 insan yang berkongsi suka dan duka bersama. 

Cinta Alturistik
Iaitu perasaan cinta yang tiada batasan seperti kasih seorang ibu dan ayah kepada anaknya. 

Itulah serba sedikit mengenai cinta dan pengertian yang dapat ana huraikan. Nantikan entry seterusnya dalam 30 hari mencari cinta.