Giant Panda | Beruang Atau Rakun


Pertama kali melihat panda di Zoo Negara tempoh hari memberikan satu jawapan kenapa ramai yang sanggup membayar untuk mekuhat Giant Panda ini? Dan itulah yang mampu membuatkan hati sesiapa yang melihatnya terasa geram dan berasa seolah-olah ingin memeluknya dengan erat dek kerana kecomelannya itu

Giant Panda | Beruang Atau Rakun



Tahukah anda? Bahawa Zoologi sebelum ini berselisih pendapat mengenai famili Giant Panda ini. Ada yang berpendapat bahawa Giant Panda ini berasal daripada keluarga beruang dan ada juga yang berpendapat ianya daripada keluarga rakun seperti Panda Merah.

Namun begitu, tidak kurang juga yang merasakan Giant Panda ini tergolong di dalam  keluarga tersendiri. Perdebatan yang berlaku hampir sekurun lamanya ini akhirnya berjaya diselesaikan apabila zoologi akhirnya bersepakat selepas melihat kajian genetik terkini Giant Panda membuktikan yang ianya berasal daripada famili beruang.



Labels: