JDT KELAB PERTAMA MALAYSIA LAYAK KE SEPARUH AKHIR PIALA AFC

Johor Darul Takzim (JDT) menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan Piala AFC apabila berjaya mengatasi pasukan South China 3-1 malam tadi.

Keputusan Jdt vs South china

 Sumber gambar

Pasukan Jdt membuka jaringan awal pada minit ke 25 melalui Mahali Jasuli yang pandai mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol pertama pasukan pelawat. Namun begitu pasukan Jdt tersendak apabila pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Mahama Awal selang 2 minit selepas itu.

Namun begitu, pasukan Jdt terpaksa bermain 10 orang pemain selepas Figueora dibuang padang kerana mengasari pemain pasukan lawan. Ianya ternyata tidak melemahkan pasukan Jdt yang mana akhirnya berjaya menjaringkan 2 gol lagi menerusi Safee Sali pada minit ke 29 dan 47 sekaligus menyaksikan pasukan Jdt mencatat kemenangan dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini menyaksikan pasukan Jdt menjadi pasukan pertama Malaysia yang pertama layak ke peringkat separuh akhir. Hari ini satu lagi pasukan daripada Malaysia iaitu Pahang akan berentap di Suku Akhir.




Labels: