Kawah Hijau Dallol, Permandangan Cantik Tapi Merbahayakan


Kawah hijau Dallol merupakan salah satu tempat yang terletak di Ethiopia. Pada mata kasarnya ianya seperti sebuah pemandangan yang indah tetapi sebenarnya ianya amat bahaya untuk dikunjungi.

Dallol sebenarnya ialah sebuah kawah gunung berapi yang terletak di Gurun Danokil, Ethiopia. Dallol ini boleh dikatakan seakan-akan danau air berwarna hijau yang cantik.

Namun begitu, kecantikannya amat membahayakan kita kerana ianya merupakan salah satu tempat paling panas di dunia dengan suhu mencecah sehingga 94 darjah Farenheit. 

Suhu disekeliling Dallol juga dikatakan tinggi beserta gas beracun yang keluar daripada salah satu geyser di sana menjadikan Dallol sebagai tempat menakjubkan yang juga membahayakan nyawa.




Labels: