KEPUTUSAN PENUH MANCHESTER UNITED VS SUNDERLAND

Manchester United vs Sunderland

Manchester United berjaya merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris buat selepas berjaya mengatasi pasukan Sunderland di Old Trafford.

Di atas kertas sememangnya Manchester United diangkat sebagai pilihan untuk memenangi perlawanan pada malam ini yang disifatkan rata-rata penyokong sebagai perlawanan antara dua darjat kerana Sunderland berada di tempat tercorot liga.

Manchester United membuka tirai gol menerusi Memphis Depay pada masa tambahan separuh Masa pertama. Wayne Rooney menemui sentuhan berbisanya apabila berjaya menjaringkan gol kedua The Red Devils pada minit ke 46. 

Apabila perlawanan seakan-akan berakhir dengan jaringan 2-0, Manchester United terus menambahkan jaringan gol menerusi Juan Mata pada minit ke 90 permainan.

Kemenangan ini melonjakkan Manchester United ke persada liga selepas Manchester City tumpas kepada Tottenham Hotspurs sebelum itu.

Manchester united vs sunderland




Labels: