LIGUE 1 | AKSI MARSEILE DAN LYON TERHENTI GARA-GARA PENONTON

Perlawanan antara pasukan Marseile dan Lyon di dalam Ligue 1 terhenti apabila penonton membaling botol dan objek ke tengah padang ketika tempoh permainan berbaki 30 minit.

Marseile-lyon

Pegawai pertandingan mengarahkan permainan dihentikan dan mengarahkan pemain kedua-dua pasukan masuk ke dalam bilik persalinan sebagai langkah keselamatan.

Kekecohan mula timbul selepas bekas bintang Marseile Mathieu Valbuena yang kini beraksi bersama Lyon kembali beraksi dalam perlawanan berkenaan.

Marseile-lyon


Pemain berkenaan telah di boo sepanjang permainan dan menjadi sasaran dibaling objek ketika hendak mengambil tendangan sudut.

Ketika kekecohan berlaku, Lyon mendahului Marseile dengan jaringan 1-0 menerusi sepakan penalti Alexandre Lacazette.






Labels: