Resepi Begedil Daging

Begedil merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran ramai daripada kita. Ada dua jenis begedil iaitu begedil daging ataupun begedil ayam. Tapi hari ini ana nak sharekan ngan you all semua resepi buat begedil menggunakan daging sempena dengan Raya Aidil Adha nie. Kebiasaannya begedil nie sedap dimakan dengan nasi putih ataupun soto, mee dan bihun sup ataupun sedap di makan begitu sahaja.

Begedil daging


Jumlah Hidangan 3 orang
  
Bahan-bahan 

500 gram ubi kentang
150 gram daging kisar
1/2 biji bawang besar, didadu
2 biji cili merah, dihiris halus
2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus
2 sudu besar bawang goreng
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji telur ayam
sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga empuk. Angkat dan toskan. Biarkan seketika hingga kurang panas.
  2. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang didadu, kemudian masukan daging kisar dan masak seketika.
  3. Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan "masher" dan kemudian gaulkan dengan cili merah, daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.
  4. Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.
  5. Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu. Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan di dalam kuali. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak
Tips:
Masa menggoreng, jangan alih begedil sehingga bahagian bawah betul-betul masak supaya begedil tidak menjadi hancur semasa menggoreng.




Labels: