REZEKI ITU ALLAH YANG PUNYA

Rezeki

Rezeki itu Allah yang punya. Sebanyak mana pun rezeki yang kita miliki adalah milik Allah. Banyak atau sikit, cukup ataupun tidak ianya tetap milik Allah kerana Allah jualah yang menentukan akan segalanya.

Bulan hadapan ana dan isteri agak sukarlah sedikit apabila isteri tidak bekerja dan baru sahaja memulakan kerja di sebuah IPTA tempatan di Shah Alam. Dah sah-sah bulan nie tiada gaji baginya kerana bermula kerja pada 15 September 2015, jadi nak tak nak bulan hadapan lah baru si isteri terima gaji.

Macam mana ana nak survive hidup nie? Untuk bulan depan? Dan apabila ana buka wallet usang ana, hanya ada RM30 sahaja untuk digunakan sehingga minggu depan. Bukan tak ada duit di dalam bank, tetapi duit itu perlu digunakan pada bulan hadapan untuk kegunaan lain.

Sedang ana kusyuk membuat kira-kira, ana telah disapa oleh sahabat ana dan dihulurnya Cek bernilai RM500. Ana pun tanya ini Cek apa? Nie cek khairat kematian anak ko lah daripada xxx. Eh bukan ke xxx dah bagi khairat kematian hari tu. Dan kawan ana cakap itu daripada pusat tapi yang ini daripada kitaorang kawan-kawan share duit untuk bagi kepada kau.

Hanya ucapan syukur yang mampu hadir ketika itu, Alhamdulillah biarpun ana bukan senang tapi rezeki Allah itu sentiasa ada. Maka yakinlah Allah sentiasa ada bersama kita ketika susah andai kita sentiasa bersamanya ketika senang. Rezeki ini milik Allah.


Labels: