Team Building "One Team One Vision" di Glory Beach Resort

Pada 12 dan 13 September 2015, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Katmb) telah mengadakan kursus team building buat kakitangan Bahagian Perbankan Pelanggan yang diadakan di Glory Beach Resort Port Dickson.

Glory beach resort

Kursus ini telah melibatkan 3 bahagian yang berada di bawah Bahagian Perbankan Pelanggan iaitu Bahagian Insuran, Bahagian Pembiayaan Pinjaman dan Bahagian Ar-Rahnu.

Di dalam program ini kitaorang telah dipecahkan kepada 6 kumpulan yang terdiri di antara lelaki dan perempuan. Dan ada 6 permainan sepanjang kursus ini yang memerlukan kerjasama di kalangan ahli kumpulan bagi mencapai kejayaan pasukan.


Team 2 (Soul Rangers)

Pada malam hari pula, telah diadakan malam kebudayaan. Yang mana setiap pasukan perlu melakukan 3 tugasan iaitu tugasan pertama karaoke lagu melayu, menyanyi lagu bahasa selain melayu dan juga menari secara berpasangan. Masa nie memang agak ke laut jugalah persembahan kitaorang terutama persembahan ana sendiri.

Glory Beach Resort

Reaksi masing-masing melihat persembahan kumpulan lain 

Walaupun ianya dilakukan di dalam tempoh yang agak singkat, tetapi ianya mampu memberikan impak yang agak besar kepada kakitangan Koperasi Tentera khususnya kerana dapat meningkatkan lagi kerjasama di kalangan rakan sekerja yang pasti akan memberikan impak positif kepada Koperasi Tentera itu sendiri.

Glory Beach Resort



Labels: