100 Hari Dikau Di Syurga


100 hari telah berlalu pergi
100 hari kau meninggalkan kami
100 hari kau kembali kepada Illahi
100 hari ummi menguatkan diri

Kini kau bermain di Syurga
Bermain penuh riang
Di samping bidadari syurga
Tempat kau mendapatkan kasih sayang

Anakku, kaulah wildan kami
Rindu kami kepadamu hanya Allah yang mengerti
Tunggu kami
Nantikan kehadiran kami
Kerana yang pasti
Kita akan bertemu dan bersatu suatu hari nanti


Labels: