12 Pasukan Liga Premier Malaysia 2016

Liga Premier 2016 sudah semestinya akan adanya saingan sengit seperti mana pada musim ini yang mana Kedah dan Pulau Pinang telah berjaya melayakkan diri ke Liga Super musim hadapan.

Dua pasukan yang tersingkir daripada Liga Super adalah A.T.M dan Sime Darby yang pastinya menjanjikan persembahan bertenaga musim hadapan bagi melayakkan diri semula ke Liga Super 2017.

Melaka dan Perlis yang baharu sahaja diangkat ke Liga Premier 2016 juga sudah pastinya memasang angan-angan beraksi di Liga Super dan kembali menjadi kuasa besar bola sepak Malaysia seperti suatu masa dahulu.

Sabah dan Negeri Sembilan antara pasukan favourite untuk ke Liga Super 2017 selepas 3 tahun beraksi di dalam Liga Premier. Pasukan manakah yang bakal menjuarai Liga Premier 2016 sekaligus melayakkan diri ke Liga Super 2017. Seronok untuk disaksikan.

Berikut senarai 12 Pasukan Liga Premier 2016.

Liga premier malaysia 2016

Ns Matrix
Sabah
JDT II
Uitm
Sime Darby
PKNS
ATM
DRB HICOM
T TEAM
Kuantan FA
Perlis
Melaka United




Labels: