Antara Sebab Perlu Blogwalking

Cara menambahkan pengunjung ke blog

Pasti kita akan dengar setiap hari yang para blogger akan melakukan blogwalking ke blog-blog sahabat yang lain. Ada yang akan meninggalkan komen dan ada pula yang hanya silent reader. 

Tetapi ada kelebihan mengapa kita perlu blogwalking ke blog sahabat-sahabat yang lain.

Menambahkan kawan baharu


Dengan blogwalking sudah semestinya kita akan mengenali blog-blog yang baharu yang kita tidak pernah jenguk. Jadi bukan sahaja kita menambah kawan baharu tapi ada juga orang baharu yang akan kenali blog kita.

Dapat Kenalkan blog kita kepada orang lain.


Apabila kita berblogwalking, dan meninggalkan komen bukan sahaja pemilik blog yang akan singgah ke blog kita, mungkin juga para reader blog tersebut juga akan singgah ke blog kita apabila melihat jejak yang kita tinggalkan.

Meningkatkan pengunjung blog kita


Yang nie ana sedari apabila ana melakukan blogwalking dengan tidak. Apabila melakukan blogwalking pasti lebih pengunjung baharu yang datang singgah ke blog ana berbanding ketidak tidak berblogwalking. Jadi ianya sudah semestinya membantu meningkatkan para pengunjung blog kita.

Dapat menambahkan pendapatan Adsense kita.


Apabila pengunjung ramai datang ke dalam blog kita, sudah semestinya income dalam adsense akan bertambah. Dan mungkin juga lagi ramai yang akan klik iklan adsense kita.

Inilah antara yang ana nampak apabila ana blogwalking ke blog sahabat-sahabat blogger yang lain. Jadi jom kita blogwalking.



Labels: