Cara Menghilangkan Hanyir Ikan


Ikan merupakan salah satu makanan kegemaran ana. Namun begitu, kalau bau hanyirnya agak kuat membuatkan kita tidak selesa dan pasti tak nak makannya, betul tak?

Antara ikan yang kuat berbau hanyir adalah ikan patin. Bayangkan ikan patin yang begitu sedap dimasak lemak tempoyak atau asam pedas tempoyak tu tidak dibasuh dengan baik pastinya rasa ikan tadi tidak sedap dek kerana bau hanyir yang kuat.

Jadi, hari ini ana nak share cara menghilangkan hanyir ikan ini.

1. Ambil sebiji limau nipis dan dipotong kepada beberapa bahagian.
2. Gaulkannya dan ramas dekat ikan yang nak dibersihkan tu.
3. Lepas tu, cuci ikan tersebut dengan sebiji limau nipis lagi dan perap lebih kurang dalam 2-3 minit.
4. Kemudian, bilaslah ikan tadi dengan air bersih.
5. Seterusnya, gaulkannya dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
6. Akhir sekali, anda akan dapati ikan tu dah tak hanyir lagi dan bolehlah digoreng ataupun dimasak apa sahaja dengan senang hati.


Labels: