Chelsea, Arsenal Didenda

Dua pasukan gergasi di Liga Perdana Inggeris (EPL) didenda oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris atas tindakan luar kawalan pemain kedua-dua pasukan ketika aksi di Stamford Bridge, bulan lalu.

Chelsea arsenal

Dalam perlawanan tersebut, dua pemain Arsenal Gabriel dan Santi Cazorla dilayangkan kad merah yang menyaksikan Chelsea menang 2-0 dalam aksi tersebut.

Begitu pun, kad merah yang diterima oleh Gabriel dibatalkan oleh FA Inggeris dan Diego Costa menerima pengantungan 3 perlawanan kerana memulakan perbalahan dengan pemain pertahanan The Gunners, Laurent Koscielny.

Kedua-dua pasukan telah didenda selepas Jawatankuasa Peraturan Bebas mendengar kes tersebut. Chelsea dan Arsenal masing-masing menerima denda sebanyak £40,000 (RM252,000) dan £30,000 (RM189,000) selain diberi amaran agar tidak mengulangi kesalahan yang sama kerana menyalahi peraturan E20 FA Inggeris.




Labels: