Darah Mencanak Tinggi Naiknya


Awak muda lagi, tapi dah ada darah tinggi. Itulah perkataan pertama yang keluar daripada mulut Doktor apabila bacaan tekanan darah tinggi ana mencapai 150. Doktor cakap tekanan darah normal untuk orang muda macam ana nie 125.

Patutlah kebelakangan ini, ana asyik sakit kepala yang melampau terutamanya apabila stress. Apabila sakit kepala sampai ke tengkuk lah juga menangkapnya. Ingatkan pening-pening biasa je jadi ana buat bodoh je selalu.

Tapi disebabkan oleh kepala yang terlalu sakit sehingga ana tidak mampu untuk menanggung beban, apalagi ana pun gagahkan diri berjumpa dengan doktor (padahal nak MC. Hehehe). Ok, sambung cerita balik, kat dalam bilik doktor tu, dekat 20 minit doktor bagi ceramah kat ana.

Dekat 90% nasihat doktor menjurus kepada jaga pemakanan dan diet serta kena bersenam. Masalahnya mampu ke ana? Bab bersenam tu oklah tapi bab makan, mungkin susah banyaklah. Pape pun kena jaga pemakanan dah mulai sekarang agar tidak menyesal di kemudian hari.

Labels: