Hamilton Sertai Barisan Pelumba Lagenda


Lewis Hamilton sudah sebaris dengan pelumba lagenda Formula Satu (F1) selepas berjaya merangkul kejuaraan Dunia buat Kali Ketiga buat dirinya.

Segalanya menjadi kenyataan selepas Lewis Hamilton berjaya menjuarai Grand Prix Amerika minggu lalu.

Hamilton telah memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh rakan sepasukannya Nico Rosberg sebelum memintasnya ketika perlumbaan berbaki 8 pusingan lagi.

Hamilton berjaya menamatkan perlumbaan dengan masa 1 Jam 50 Minit 52.7.0.3 saat untuk meraih kemenangan ke 21 dalam tempoh dua musim ini.

Nama Hamilton kini sebaris dengan lagenda F1 seperti Aryton Senna dan Sir Jackie Stewart selaku pemengang juara dunia terbanyak dibawah usia 30 tahun.


Labels: