Keputusan Penuh Malaysia Menentang Timor Leste

Malaysia vs Timor leste


Malaysia meneruskan perlawanan kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia dengan menentang pasukan Timor Leste hari ini. Malaysia akhirnya berjaya memberikan kemenangan pertama dalam Kelayakan Piala Dunia ini selepas berjaya menumpaskan pasukan dengan jolokan Brazil Asia itu dengan jaringan 1-0


Ketika rata-rata peminat resah dengan perkembangan semasa pasukan kebangsaan, Ong Kim Swee dan anak buahnya mempamerkan aksi penuh bertenaga bagi merealisasikan misi membawa pulang 3 mata penuh tercapai.

Amri Yahya menjaringkan gol Malaysia menentang Timor Leste


Amri Yahya berjaya membuktikan yang kelibatnya kali ini bukan hanya sebagai penumpang sahaja tetapi berjaya meledak gol kemenangan skuad kebangsaan pada minit ke 10 perlawanan.

Dengan kemenangan ini, Harimau Malaya berjaya mengutip 4 mata dalam 5 aksi perlawanan kumpulan A. Syabas Harimau Malaya.

Keputusan Penuh Malaysia Menentang Timor Leste



Malaysia vs timor leste



Labels: