Masakan Selera Kampung Di Ummiza Cafe

Ummiza cafe

Jika lalu ke Kampung Jenderam hulu apa salahnya jika dapat singgah ke Ummiza Cafe yang terletak di Jenderam Sepang. Siapa sangka restoran masakan selera kampung ini sebenarnya diusahakan oleh anak muda.

Kedai makan di jenderam

Owner Ummiza Cafe

Pada 03 Oktober yang lalu ana dan beberapa orang blogger Kelab Blogger Ben Ashaari dapat sendiri merasa masakan selera kampung di Ummiza Cafe. Kami telah dihidangkan dengan beberapa masakan seperti Gulai ayam kg campur kentang, Gulai rebung, Gulai pucuk ubi, Kari daging cmpur kentang, Gulai siput sedut, Ayam goreng, Ayam masak merah, Ayam kicap pedas, keli belada, Kembung berlada, Sup cdawan, Ulam 2, Sambal udang petai, Sambal bilis dan banyak lagi

Masakan melayu di jenderam hulu

Kedai makan di jenderam

Terdapat banyak aneka lauk-pauk yang boleh dipilih oleh kita untuk menjamu selera di sini. 


Selera kampung

Masakan kampung di jenderam

Mereka ada menyediakan juga beberapa menu sarapan bagi mereka yang mencari tempat untuk menjamu selera waktu pagi sebelum ke tempat kerja.


Antara juadah kuih muih yang terdapat di ummiza cafe


Ruang makan yang selesa.

Credit picture Nina Mirza

Di sini juga terdapat surau bagi pelanggan yang ingin menunaikan solat.

Di Ummiza Cafe juga ada menyediakan perkhidmatan catering namun begitu peralatan catering dan penghantaran tidak disediakan atas sebab kekurangan kakitangan buat masa ini.

Tempahan diambil hanya untuk 300 orang kebawah contohnya bagi majlis makan keluarga/pejabat/harilahir dan majlis ulangtahun. Harga makanan pula bergantung kepada harga pasaran dan kuantiti yang ditempah

Ummiza Cafe beroperasi setiap hari Isnin sehingga Sabtu bermula jam 07:00 pagi sehingga 03:00 petang.

Bagi mereka yang ingin perkena masakan selera kampung bolehlah datang ke :

No 229, Batu 29 Kampung Jenderam Hulu, Sepang.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah hubungi Ummiza Cafe di talian :

Puan Nor - 0196682069
Ain - 01110602569

Ataupun ke instagram mereka di ummiza Cafe






Labels: