Ranking Terkini Pasukan Futsal Malaysia

Ketika pasukan bola sepak semakin hari semakin jatuh jauh rankingnya, berlainan pula dengan pasukan adiknya iaitu pasukan futsal negara. Pasukan Futsal Negara telah menunjukkan peningkatan ranking yang baharu dikeluarkan.

Futsal

Pasukan Futsal Negara melonjakkan kedudukan ranking dunia daripada ranking ke 64 kepada ranking 58 dunia. Ianya sedikit sebanyak mungkin dibantu oleh kejayaan skuad kebangsaan di Kejohanan AFF di mana Malaysia telah menduduki kedudukan ketiga dalam kejohanan tersebut.

Peningkatan ini dapat dilihat dalam beberapa siri perlawanan antarabangsa yang dipamerkan oleh anak buah Marcelo Serpa. 

Namun begitu, banyak yang perlu diperbaiki skuad negara sebelum beraksi di kejohanan paling berprestij di Asia iaitu Piala AFC 2016 yang pastinya akan mendapat saingan kuat daripada Jepun, Uzbekistan, Thailand, Australia dan Vietnam yang juga melayakkan diri ke kejohanan tersebut.

Ranking futsal

Berikut adalah keputusan bagi 12 perlawanan terakhir dalam aksi antarabangsa buat skuad negara :

1) Malaysia (5) Jepun (6)

2) Malaysia (1) Jepun (7)

3) Malaysia (8) Arab Saudi (4)

4) Malaysia (3) Arab Saudi (5)

5) Malaysia (6) UAE (0)

6) Malaysia (5) Lebanon (0)

7) Malaysia (9) Brunei (1)

8) Malaysia (1) Thailand (6)

9) Malaysia (7) Timor Leste (2)

10) Malaysia (5) Singapura (0)

11) Malaysia (2) Australia (6)

12) Malaysia (6) Vietnam (5)

Kredit foto  - www.futsalworldranking.be & aseanfootball.org


Labels: