Resepi Cinta | Semakin Hari Semakin Sayang

Tips cinta

Cinta dan sayang pastinya didambakan oleh setiap pasangan suami isteri. Jika boleh biarlah cinta itu diakhiri hingga ke Jannah. Jadi buat mereka yang mengimpikan cinta seperti ini, ana nak sharekan kat korang semua mengenai resepi cinta ini.


Resepi Cinta | Semakin Hari Semakin Sayang


Percaya


Ini perlu ada pada setiap dalam diri kita iaitu percaya. Percayakan siapa? Percayakan pasangan kita. Tapi jangan rosakkan kepercayaan nie. Sekali rosak susah nak elok dah.

Setia


Sudah semestinya setia ini perlu bagi mendambakan perasaan cinta kita.

Bergurau Senda


Isteri terutamanya amat sukakan jika suaminya pandai bergurau senda. Walaupun tak lawak dia tetap akan rasa terhibur

Berikan Perhatian


Perhatian nie selalunya susah nak buat pada zaman nie. Terutamanya zaman penuh kemodenan nie. Kadang-kadang si suami sibuk bermain permainan video. Yang isteri pula sibuk dengam whatsappnya lah, FB lah. Nak main tu bukan tak boleh tapi berikan masa dan perhatian kepada pasangan kerana barulah pasangan bertambah cinta dan sayang pada kita.

Doa


Dah usaha perlulah kita berikhtiar hanya pada yang SATU. Doakan senjata kita, jadi kita doakan baik-baik agar hubungan kita terus kekal utuh biarpun banyak dugaan yang menimpa.

Inilah resepi cinta yang boleh kita amalkan. Semoga ianya memberikan manfaat kepada rumah tangga kita. Cinta hingga Jannah.




Labels: