Resepi Samosa Kentang

Samosa nie ada juga rasa seperti karipap tapi ana lagi suka samosa berbanding karipap kerana keenakkannya. Samosa kebiasaannya dibuat juadah untuk sarapan pagi dan minum petang.

Jadi disebabkan itu, hari ini ana nak sharekan resepi dan macam mana nak buat samosa sendiri. Barulah puas nak makankan? 


Bahan-Bahannya :

Kulit popia secukupnya.
Sedikit air utk melekatkan kulit popia/guna putih telur pun boleh..

4 biji kentang potong dadu
200 gm ayam kisar
*1/2 biji bawang besar kuning potong dadu
*2 ulas bawang putih cincang halus
2 sudu besar serbuk kari - bancuh ngan 2sb air
Daun sup - hiris halus
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis & mengoreng

Cara-cara membuatnya :

~Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda* . Masukkan pes kari, dan sedikit air.Biarkan sehingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata . Biarkan seketika kemudian masukkan kentang dan biarkan hingga empuk.
~Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
~Akhir skali masukkan daun sup. Matikan api. Sejukkan.
~Untuk membuat kelongsong samosa, Kulit popia potong kepada 2 bahagian dan sambungkan/gunakan air sbgai bahan pelekat kepada 2 bahagian tadi secara memanjang. Masukkan inti tuna dan lipat seperti biasa.
~Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan


Labels: