Resepi Sup Daging Meletup

Assalammualaikum, hari ini ana nak sharekan resepi Sup Daging Meletup yang pastinya meletup di dalam mulut anda. Sup daging nie juga merupakan salah satu menu kegemaran ana.

Sup daging

Bahan-bahan membuat Sup Daging Meletup


Bahan:
1.5kg daging batang pinang dipotong kecil.. basuh dan toskan
1 bungkus sup bunjut
daun sup bawang potong kecil
bawang goreng

Bahan tumis:
7 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
2 inci halia*
3 batang akar pokok daun sup*
2 batang serai dititik
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
2 sudu lada hitam biji.. tumbuk lumat
garam & ajinamoto

Cara-cara menyediakan Sup Daging Meletup


~ rebus daging bersama sup bunjut dalam periuk.. dengan api perlahan..
~ tumbuk bahan2 yang bertanda (*)..
~ Panaskan minyak dalam kuali..
~ Tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan bahan2 untuk ditumis yang lain hingga kekuningan.. tutup api..
~ Masukkan bahan tumis kedalam periuk daging..
~ masak daging hingga lembut.. rasa garam dan ajinamoto secukup rasa..
~ Hidangkan sup dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup bawang dan bawang goreng..

* Boleh juga diletakkan kentang ataupun lobak bersama.


Selamat mencuba!!!


Labels: