Samuel Somerville Sah Sertai JDT Musim Hadapan

Pemain muda kacukan English-Malaysia, Samuel Somerville antara muka baharu yang akan beraksi bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada musim hadapan selepas mengikat kontrak bersama JDT.


Pemain berusia 21 tahun ini akan mengisi slot sebagai pemain tempatan kerana mempunyai darah Malaysia. Pemain ini sebelum ini beraksi bersama pasukan Slough Town FC di England.

Nampaknya semakin ramai pemain yang ada darah Malaysia di luar negara kembali ke Malaysia bagi merancakkan kembali liga Malaysia musim hadapan. Agak-agak korang lah FAM nampak tak kelibat pemain-pemain macam nie?

Sumber