Ulangtahun Kedua Battalion Penghijrah

Battalion Penghijrah

Battalion Penghijrah (BP) telah menyambut ulangtahun kedua penubuhannya pada malam tadi yang berlangsung di Leeyas Corner Bangsar Kuala Lumpur. Siapakah mereka yang sebenarnya? 


Sejarah Penubuhan Battalion Penghijrah.


Battalion Penghijrah ditubuhkan pada tahun 2013 yang mana pada permulaan penubuhannya adalah bagi menghimpunkan sekumpulan anak nogori yang berkelana di area Lembah Klang yang meminati bola sepak.

Dimulakan oleh 10 anak muda yang akhirnya kini terus berkembang menjadi satu kumpulan penyokong yang sentiasa setia bersama pasukan kesayangan setiap kali Pasukan beraksi tidak kira di home ataupun away.

Battalion penghijrah

Battalion Penghijrah juga pada asalnya adalah sub group bagi sebuah ultras yang beraksi di dalam Liga Premier Malaysia namun disebabkan beberapa masalah dalaman yang tak dapat den ceritakan, kini mereka bergerak solo sebagai satu kumpulan penyokong bola sepak.

Dua tahun bukanlah satu tempoh yang lama dan masih lagi merangkak namun pelbagai dugaan dan cabaran yang telah dihadapi oleh setiap anak muda battalion penghijrah. Ahli ada yang masuk dan ada yang keluar namun ianya pasti tidak akan memudarkan semangat cintakan negeri dan bola sepak negeri serta negara.

Battalion penghijrah


Ana harap, Battalion Penghijrah terus success dan semangat setiakawan di dalam ahli BP dapat terus dikekalkan. Ramai yang mula membenci kita tapi mereka tidak boleh menghancurkan kita andai kita bersatu.

Kito akan terus bega sampai mati.




Labels: