Bila SiDia Merajuk, Ini Yang Perlu Dilakukan

Merajuk dan wanita ataupun isteri tidak dapat dipisahkan. Dan jangan terkejut jika sekarang nie pun ramai lelaki ataupun si suami juga ada yang kuat merajuk, tapi bukan analah.hihi

Apabila sedang merajuk nie, sudah semestinya si pemujuk akan cuba yang terbaik untuk memujuk si jantung hati agar kembali senyum dan tidak merajuk lagi. Namun begitu, adakah cara anda lakukan itu betul?

Tips pujuk orang merajuk

Ana nak sharekan cara ana pujuk zaujah ketika dia sedang merajuk.

1) Hidupkan suasana romantik

Isteri nie sebenarnya sukakan lelaki yang romantik, adakalanya dia merajuk kerana inginkan perhatian kita, cuba hidupkan suasana romantik untuk sidia.

2) Masakkan sesuatu yang disukai oleh sidia

Masakkan makanan kegemaran sidia, kerana disitu juga adalah satu cara paling berkesan untuk memujuk sidia. Kalau tak percaya, cubalah. Kalau dia tak nak makan,kita makanlah sendiri.hahaha

3) Bercerita mengenai kenangan manis anda bersama

Yang nie pun salah satu cara yang berkesan yang pernah ana lakukan saat sidia merajuk, pasti sidia akan mula tersenyum dek kerana mengingati kenangan indah bersama anda.

4) Buat Video Untuk Sidia

Yang nie pun boleh juga dilakukan, cuba buat satu video untuk sidia, pasti sidia akan rasa terharu dengan anda. Cubalah.

Inilah antara cubaan yang ana pernah lakukan untuk memujuk hati sidia kembali dan kebanyakannya memang berjaya. Hargailah sidia dengan sebaik mungkin. Isteri adalah cerminan si suami.


Labels: