Dari Mana Ia Datang, Ke Situ Ianya Kembali

Dari mana ia datang, ke situ ianya dikembalikan. Setiap apa yang hadir pasti akan pulang. Setiap yang masuk pasti akan dikeluarkan. Yang bernyawa pasti akan bertemu kematian. Begitu jugalah dengan wang ringgit.

Tanggal 25 hari bulan, hari paling gembira buat kakitangan awam dan swasta yang mana akan memperoleh pendapatan selepas sebulan ia berkerja.

Riak wajah muka masing-masing menampakkan kebahagiaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Apabila meperolehi gaji, maka ke banklah ia akan pergi untuk mengeluarkan wang gaji yang telah cukup lama dinanti-nantikan.

Maka, ditekanlah jumlah yang ingin dikeluarkan di papan kekunci ATM, perasaan hati penuh girang pada masa itu kerana akan memperolehi wang yang banyak hasil titik peluh berkerja 8 jam sehari.

Namun kegembiraan itu mulai hilang, apabila mesin cash deposit memanggil untuk dimasukan wang ke dalamnya bagi membayar segala hutang yang ada.

Maka, pulanglah ke rumah dengan perasaan hiba sambil memikirkan apakah yang hendak dibuat dengan wang yang nyawa-nyawa ikan ini bagi menampung masa sebulan lagi?

Labels: