Misi Gagal di 7E

Misi gagal lagi di 7E, itulah yang boleh dikatakan buat kali ketiga berturut-turut. Masalahnya gagal apa ye di 7E nie? 

Special rm1 november deal.

Sebenarnya ana gagal lagi untuk membeli barangan yang dijual dengan harga RM1 special Deal yang diadakan dalam bulan November nie.

Seperti biasa, ana akan keluar last minit, tetapi kali ini ana keluar rumah dalam pukul 2 pagi iaitu pagi tadi, ana keluar rumah dengan penuh eksited menuju ke 7E untuk membeli barangan RM1 yang dijual 24-25 November.

November 7e deal rm1

Tetapi segalanya musnah kerana barangan promosi tersebut telah habis dijual. Aiks, cepat gila habis. Selamatlah 7E nie hanya selangkah je dengan rumah ana nie, kalau tak maunya rasa menyesal kerana sanggup keluar 2 pagi mencari sesuatu yang tidak pasti.

Takpe, pagi ini misi pencarian akan terus dijalankan. Dapat atau tak tu biarlah belakang cerita. Yang pasti misi gagal di 7E.

Moral daripada cerita ini, kita berlumba-lumba apabila ada jualan murah, tetapi jarang sekali kita berlumba-lumba dalam mengejar ibadah.



Labels: