Rossi Tumpas, Tetapi Juara Dihati Para Peminat MotoGP

Valentino Rossi

Juara keseluruhan MotoGP 2015 akhirnya terjawab apabila Jorge Lorenzo diangkat sebagai juara keseluruhan bagi kategori penunnggang selepas muncul juara di Valencia.

Namun, ada sesuatu yang lebih menarik untuk diperkatakan oleh para peminat MotoGP apabila banyak mata lebih tertumpu kepada Valentino Rossi ataupun "The Doctor".

Rossi yang bermula di petak terakhir akibat dikenakan penalti, beraksi dengan baik apabila satu persatu motor berjaya dipintas sehingga berada di tempat keempat. Namun begitu, impiannya untuk memperoleh kejuaraan dunia kelapan gagal selepas Lorenzo menamatkan kejuaraan di Valencia.

Rata-rata peminat motoGP mengerumuni Rossi selepas tamatnya perlumbaan umpama Rossi yang muncul juara yang mana menengelamkan terus kejayaan yang dirangkul oleh Lorenzo.

Bagi ana, Rossi nie dah legend tahap gaban, dia satu-satunya pelumba yang paling banyak berjaya dan hampir semua jentera dia dah pernah bersama. Biarpun kalah tetapi dihati penyokong dia tetap No1. 



Labels: